//ADP ✚ {}



Velkam Here;


Hello ! My name is Hafizah. Already Fifteen years old and now stay in Malaysian. Btw, fizah say you can use this design but cannot remove the credit. I REPEAT YOU CANNOT REMOVE THE CREDITS! and please replace the RED word and the YELLOW word.

BONJOUR WISHLIST TALKIE LEEMINHO




Sweet Memories in MyFamily




/bismillahirrahmanirrahim/ Hai, assalamualaikum semua i'm back. Maybe ni last post fizah kut sebab nanti dah sekolah dah jarang update blog, on tweet and fb. Yela sekolah lah katakan, so kenelah faham. Okay ni fizah nak cerita pasal dekat kampung macam aktiviti yang kitaorg buat :) memang happy gila lah. Ayah cadang nak balik kampung hari jumaat malam lepas along balik kerja then kawan telefon cakap ada kertas exam yang nak dibuat so ayah kata kita balik sabtu pagi lepas subuh. Beg semua dah packing siap-siap makanan pun sama. Then ibu pulak korang keluarkan baju korang bawak sikit je nanti ibu nak bawka karipap kang taku tak muat pulak -,- so kitaorg bawak baju ngam-ngam je la. Bila dah bertolak pagi confirm ah best kan, sejuk je hahaaa fizah dengan along apa lagi tidur ah pantang je naik kereta confirm tidur dulu yang lain tunggu ayah. Kitaorg sampai JB puku; 12.30 time tu semua tengah siap-siap kan barang untuk kenduri malam nanti. So, kitaorg tolong ah sikit-sikit sebelum keluar dengan abang. Abang ambik kitaorg pukul 3 tepat then berambus ah naik kereta pi Bandar Baru Uda pi ambik kawan angah dekat sana. whuuuuu serious jauh gila rumah dia sampai ke Johor Bahru betul. 

Sebenarnya abang kawan dengan kawan angah tu, so abang cadang nak ajak kawan angah tu supaya angah boleh jumpa kawan dia. Fizah pun tak tahu tu cadangan abang. Kitaorang jalan-jalan pi Jusco Tebrau sampai pukul 6 lebih then pi makan dekat setulang. Entah fizah pun tak tahu tempat apa tu, duduk Kl mana tau tempat macam tu. Tapi memang ramai ah dekat gerai tu, penuh kut. Kitaorang ingat murah lah makan dekat situ haa sekali kau macam tak percaya je harga makanan smple macam tu sebegini rupa. Fizah tanya ah abang. Ni gambor dia.



Me: Banyaknya abang order?
Abang: Eh mana ada banyak, berapa semua bang?
Pekerja; Semua rm52.60.
Abang: okay, ni *then pekerja tu bla*
Me: Mahalnya! makan 4orang 52.60. makna nasi goreng dengan sotong je. 

Then, abang kata takapa makan je abang belanja hhee, yela korang bayangkan 4orang makan rm52.60 tak ke mahal tu? okay. Lepas je makan kitaorang balik sebab nak pi ambik kakngah korja dekat Senai, abang pecut bawak laju gila time tu rasa perlu mengucap je la. Haa serious laju gila, then dalam pecut tu kakngah call dia kata dia balik naik van je then dia suruh beli kek secret recipe untuk mok uda sebab bithday mok uda semalam. Then kitaorg pi lah beli, kek chocolate indulgence. Okay bila dah sampai rumah atok kenduri pun dah start kitaorg pakai seluar jeans je sempoi gila ah. *malu je* kenduri start kitaorg tolong ah sikit-sikit. Then angah kenalkan kawan dia dekat atok. 

Angah: Atok, ni ha kawan along faiz ni kawan orang.
Atok: haha oh ni lah dia, takapa atok restu je :D 
Me: fuyooo! atok bagi green light.

Lepas je tolong-tolong semua, kitaorg kene hantar balik kawan angah pi rumah dia. Dalam perjalanan tu macam-macam topik cakap. Abang malu sebab habis sema sedara tanya dekat abang siapa perempuan tu, then abang cakap tu kawan la mana ada apa-apa sampai penat ah nak jwab semua soalan yg sama. Bila masuk je kereta, abang tanya kitaorg.

Abang: eh korang cakap apa ah dekat atok?
Angah: mana ada kitaorg cakap ni kawan along ah. tu aje
Abang: ish korang ni memandai je, atok perli abang tahu. *segan siot*
Me: haha relax aa abang :) #cool 

Lepas je hantar kawan angah balik, kitaorg pun balik ikut jalan belakang mana tah abnag bawak gelap gila tak ada lampu dah lah kereta pun tak ada. So, fizah duduk belakang abang. Kitaorg bincang pasal kawan angah dengan abang. Then, abang bagitahu semuanya apa yg dia pendam. kitaorg sampai rumah atok pukul 1 sampai je "ibu cakap nasib baik korang balik kalau tak tidur luar". hahaa besok pagi kitaorg on the way balik KL. Dalam perjalanan tu kitaorg satu family berbincang nak buat birthday party fizahh. Whoaaaaaa! bestnya! tetiba ibu terfikir nak buat. sebab dah lama tak buat kut. Lagipun ibu nak jemput sedara-mara sekali. Ibu cakap macam ni masa dalam kereta.

Ibu: Ayah maknanya birthday adik nanti kene beli secret recipe ah ni?
Ayah: haha yela dah 16tahun kenelah beli
Ibu: haha sambut tiga sekali ah, ayah 50tahun, along 24tahun dan adik 16tahun.
Me: haa bboleh je adik dah lama tak sambut. xD *SMILING*
Along: kalau macam tu along support kek! 
Ayah: okay ayah support makan. Angah support apa pulak?
Angah: angah support hadiah :)
Me: Ala ayah adik nak camera sebelum birthday adik. 
Ayah: haha okay nanti kita beli k? :)
Me: Happy nya dapat family macam ni, terima kasih Ya Allah :) 

Masa ibu cakap macam tu, fizah apa lagi suka gila ah tak pernah ibu nak buat party macam ni. hehe tak tahu nak cakap apa dah time tu sebab happy sangat ah. Then malam ni pulak nak pi rumah maklang sebab ada bunga api maklang ada buat makan-makan sikit sebelum New Year :) tak tahu nak pi ke tak. Kene bincang dengan angah dulu, kalau angah kata okay okay ah. Tapi ayah kata nak pi dalam pukul 11.30 baru pi sana jadi sampai rumah maklang ngan-ngam ah pukul 12. Macam kenangan bila 2012 susah nak lupakan moment tu semua. 

MomentsweetMemories 2012 :
1) bercuti bersama family di Morrib, Banting. 
2)Shopping with abang faiz, angah and kak faiqah. 
3)Menggila dengan pika.
4) Bergurau senda bersam atok :) and the whole family in JB.



Apa-apa pun, fizah nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua hope tahun baru tahun ni dapat mengubah apa yang buruk pada diri fizah dan keluarga :) jadi kan semua tu sebagai pengajaran. Fizah harapkan fizah dapat bersama dengan keluarga yg fizah sayang ni forever and ever. I hope I hope! Azam 2013? hehe secret guys sebenarnya tak sabar nak sekolah ni. Alhamdulillah semua perkakas sekolah sudah dibeli, kecuali alat tulis je. Okay lah fizah tak tahu nak cakap apa lagi dah, fizah akhirkan dulu eh bye assalamualaikum semua :*


  Okay Happy New Year guys :) fizah ucapkan. Semoga Allah lancarkan semua urusan kita Amin :) buku tak kemas lagi, nama pun tak tulis lagi haha cool pija tudung pun tak gosok lagi kan. Okay now, bergerak sekarang jangan jadi pemalas okay?  byee ilove my family :*

                                                                                         xoxo Hafizah Rahman